Digital Crown Holdings merupakan salah satu daripada rangkaian syarikat pemasaran yang paling berjaya di Asia. Lampe Berger, jenama aromaterapi Perancis yang berprestij dan ESTEBEL, rangkaian produk penjagaan kulit berharuman merupakan anak syarikat yang bernaung di sebalik kejayaan Digital Crown Holdings. Dalam era baru ini, masyarakat mula menekankan amalan gaya hidup sihat. Produk kami dicipta untuk membantu serta memenuhi keperluan masyarakat untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
Kini, perniagaan kami telah berkembang maju dan menjadi salah satu rangkaian syarikat pemasaran yang terbesar di Asia. Rangkaian pemasaran adalah bidang yang berpotensi besar untuk menjana pendapatan. Menerusi sistem ini, keuntungan semua pengedar adalah bergantung kepada jumlah barangan yang dijual oleh kesemua tahap pengedar. Ia bercirikan 3 kaedah yang sama seperti di dalam perniagaan iaitu: Melantik pekerja, mengembangkan rangkaian perniagaan dan menfrancaiskan perniagaan, tanpa sebarang batasan-batasan. Bagi menjamin permulaan kerjaya anda, sertailah bersama DCHL sekarang!
Pengedar (distributor)
1.1
Keahlian terbuka kepada semua “Individu” atau “Syarikat / Perbadanan”. Permohonan boleh dibuat dengan menyerahkan borang yang telah lengkap diisi.
1.2
Permohonan perlulah ditaja oleh seorang pengedar syarikat yang berkelayakan iaitu pengedar yang telah mencapai tahap “Franchaisee” dan ke atas sebagaimana yang terkandung dalam Rancangan Pemasaran Syarikat.
1.3
Yuran perlu diserahkan sewaktu penyerahan borang permohonan. Yuran ini termasuklah yuran tahunan serta kad eDC. (Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bilik pameran yang berdekatan)
1.4
Pendaftaran Individu
1.4.1
Individu yang berminat untuk memohon sebagai Pengedar Syarikat perlulahberumur 18 tahun ke atas dan tidak diisytihar muflis.
1.4.2
Suami isteri dibenarkan saling menaja dan dibolehkan menjadi Pengedar yang berasingan dalam Lampe Berger.
1.4.3
Setiap permohonan perlu disertakan salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku bank atau penyata akaun bank pemohon.
Untuk Malaysia, bank yang diiktiraf adalah Maybank, Public Bank dan RHB
Untuk Singapura; bank-bank yang diiktiraf adalah Development Bank of Singapore/Post Office Savings Bank (DBS/POSB), Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC) and United Overseas Bank (UOB).
1.5
Pendaftaran Syarikat / Perbadanan
1.5.1
Bersama borang permohonan pengedar yang diserahkan, pemohon harus sertakan bersama:
a)
Permohonan Pemilikan Tunggal/ Perkongsian
Untuk Malaysia: Salinan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) dan Butir-butir Pemilik (Borang A).
Untuk Singapura:Salinan kad pengenalan pemohon, Salinan Butir Syarikat, Sijil Pendaftaran Syarikat dan Perniagaan (RCB), Butir-butir Pemilik dan Senarai Pemegang Syarikat .
b)
Permohonan Syarikat / Perbadanan
Untuk Malaysia:Salinan Sijil Penubuhan (Borang 9) dan senarai pemilikan (Borang 49)
Untuk Singapura: Salinan sijil "RCB", akaun bank syarikat, butir-butir pemilik dan senarai pemegang-pemegang saham.
1.5.2
Individu yang bertanggungjawab menguruskan aspek-aspek pemasaran rangkaian perniagaan syarikat mestilah memegang sekurang-kurangnya 51% saham syarikat. Nama dan salinan kad pengenalan individu ini perlu disertakan bersama borang permohonan pengedar.
1.6
Syarikat berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab.
1.7
Seorang Pengedar hanya dibenarkan memegang satu (1) keahlian di bawah nama yang sama. Jika seorang Pengedar didapati mempunyai lebih dari satu keahlian dibawah nama yang sama, syarikat akan memansuhkan salah satu daripada keahlian mereka yang dianggap patut dan perlu.
1.8
Jika terdapat sebarang kesilapan atau keraguan dalam mana-mana keahlian, syarikat mempunyai hak untuk membuat segala pengaturan semula, pemulihan atau apa-apa pembetulan yang dianggap wajar dan perlu.
Petikan daripada laman utama www.dchl.com.my
Monday, February 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment